Posts

Showing posts from November, 2010

.:: habibati ::.

Image
Mahu jadi ulat buku..  mahu khatam semuanya.. mahu berjya bersama mereka.. mahu terus berjuang bersama.. mahu terus dalam keredhaanNya.. mahu terus merinduiNya.. mahu terus mengasihinya.. mahu terus dikasihiNya.. aku mahu segala-galanya..!! Syukran untuk segala-galanya..Doakan kejayaan kami semua calon-calon SPM tahun ini dan yang akan mendatang.. Kini terus berjuang..Dan satu lagi kupinta,doakan kejayaan ana dan teammates yang lain, kami ada last tournament betul2 selepas SPM..doakan kejayaan kami(sedang mencari fitness) Syukran..bittaufiq wannajah alaikum aidhan..!!

Masih Mencari

Image
Dengan namaMu Ya Allah...Rabbal 'Alamin... Sudah lama ana biarkan blog ini tanpa sebarang coretan.. Alhamdulillah,ana masih punya peluang untuk menulis sebentar. Masih ada hari sebelum detik peperiksaan bermula,yang bakal menjadi permulaan menghadapi kehidupan yang lebih mencabar.. Meneruskan amanah Al-Khaliq sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan mengimarahkan bumiNya yang penuh nikmat,menjanjikan nikmat yang lebih mengasyikkan di akhirat kelak.. Jujur,banyak yang ana nak kongsikan di sini,tapi masa masih belum mengizinkan..InsyaAllah,ana akan cuba manfaatkan ruang blog ini dengan sebaiknya kelak.. Template blog sebelum ini sudah rosak,jadi ana terpaksa design template baru yang tidak seberapa ini.. Ana akan kekalkan wajah blog ini sehinggalah ana punya waktu yang cukup untuk membuat design yang lebih baik.. Jadi,di kesempatan ini,ana Muhammad Hazmi Al-Wafi bin Abu Bakar ingin memohon maaf jika ada khilaf dan silap selama ini.. Diri ini bukan sesiapa,hanya manusia biasa..S...