Prolog : Menjejak Bumi Anbiya'
" Mencari sinar keimanan,memimpin jalan meniti kehidupan " Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 'Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?' Sungguh,rasa sangat terpukul.Mengenangkan segala nikmat yang telah Dia kurniakan,rasa seperti sudah tidak sanggup meminta apa-apa lagi. Sekarang,sedang menghitung hari,sebelum diri ini berangkat ke bumi anbiya'. Bumi barakah penuh hikmah. Alexandria University. 2011-2017 Faculty of Medicine. InsyaAllah. #1.Musafir kali ini,menjejak langkahnya Nabi Musa. Mendidik diri supaya mengambil iktibar dan ibrah daripada Firaun. Bahawa sesungguhnya kita semua sama,cuma kegagalan menafsirkan erti kehidupan itulah yang akan membezakan kedudukan kita di sisi Allah. #2.Seringkali kegagalan di tengah perjalanan,berpunca daripada kesilapan di titik permulaan.jadi, untuk perjuangan kali ini,ana tekad mencapai 6 perkara yang ana tela...