Memang benar, tidak semua jalan menuju ke syurga. Hidup ini mengajar saya untuk tidak hanya mengharapkan supaya berada di jalan yang benar. Kerna itu masih belum cukup. Doa saya dalam hati, mudah-mudahan masih dikarunia kudrat; mengangkat kaki untuk terus tetap kuat melangkah - thabat. Perit membayangkan melihat Syurga (yang tidak terbayangkan) dari jauh - di hujung jalan - tetapi hanya mampu berdiri tegak melihat - tidak bergerak. Hidup ini juga seakan-akan cuba memberitahu bahawa jalan yang benar, tidak semestinya lurus. Kerna di hujung perjalanan sebelum berjumpa dengan Tuhan, kita akan menemui liku-liku kehidupan yang penuh dengan penipuan. Kerna itu walaupun dunia ini sederhana kecil, perjalanan tetap terasa panjang dan memenatkan. Bahkan terkadang menyakitkan. Doa saya juga dalam hati, selain pohon rendang tempat berteduh; menyeka lelah tak sudah, ada yang sudi menghulurkan tangan membimbing kembali ke pangkal jalan. Kerna antara bukti rahmatNya T...
Satu hakikat yang terkadang kita terlepas pandang,bahawa sebenarnya usia kita tidak pernah bertambah.Jika semalam ana berumur 17 tahun,dan hari ini ana menginjak ke umur 18 tahun,apakah usia ana bertambah? Tidak. Usia ana tidak bertambah.Bahkan semakin berkurang dan terus berkurang,seiring dengan peredaran waktu. Pabila usia hanya Angka "Usia tu hanya nombor.Asalkan kita sihat,masih boleh berjalan,maknanya umur tu,tolak belakang." Ayat di atas ana petik daripada kata-kata seorang artis Malaysia dalam satu video yang ana tonton beberapa hari lepas di YouTube.Ayat ini merupakan antara kata-kata awalnya semasa diwawancara dalam salah satu program hiburan di TV3,sebelum dia mengeluarkan kata-kata menghina isteri Rasulullah,dengan mempersoalkan perbezaan umur Rasulullah dan Siti Khadijah ketika mereka berkahwin. Mungkin,dia tiada niat atau tidak bermaksud untuk menghina isteri Rasulullah,tetapi itulah yang terjadi apabila usia itu sekadar nom...
"Boring la camni,buat benda sama je.." "Amirul,keluar jom..bosan la lepak rumah.." Kalimah 'bosan' atau 'boring' seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang yang mana menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi. Tapi,hakikatnya,kalimah 'bosan' atau 'boring' itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya,malah lebih teruk ialah manusia yang menjadi hamba kepada budaya hedonisme.Hidup terasa kosong bila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman. "Bosan nye,internet wat hal la pulak..Banyak la notification nanti tak terbalas." "Ala,hujan lagi.. Sekejap lagi mula la astro buat hal.. Melepas tengok Jozan buat lawak.." Bagi mereka yang kaya jiwanya,mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka.Seringkali ...
Comments
Post a Comment