Posts

hamba

Image
Katakanlah kamu (yang sedang membaca) seorang kaki bola. Makan bola. Minum bola. Tidur bola. Semua bola. Tiba-tiba satu hari, terserempak dengan kawan lama di luar stadium. “Eh ‘hamba bola’! Lama tak nampak, mana tercampak?” Hamba bola? Agak-agaknya apa perasaan kita ketika itu? Kecil hati? Buat muka tak kenal? Atau nak balas semula: “Eh engkau sejak MU bawah Moyes ni lama tak tweet #GGMU ? ” *** Katakan pula, kisah seorang lelaki lain. Bukan kaki bola, tapi kaki wanita. (Tak. tak. Jangan bayangkan diri kalian kaki wanita.) Mata keranjang. Pantang nampak perempuan cantik pasti mahu diayat, mahu digoda. Lelaki lain sembang bola, dia sembang pasal wanita. (sudahlah tak hensem mana. eh) Dengan perangainya yang sebegitu, mahu dia terima kalau tiba-tiba ada yang memanggilnya: “Wahai ‘hamba betina’!” Boleh bawak gaduh. Walhal setiap saat hidupnya wanitalah yang dipuja. *** Tapi. Katakanlah kalian seorang lelaki biasa. Dari zaman u...

Introspeksi (2)

Image
Teringat saya ketika kecik-kecik dahulu. Ummi dan abuya tidak benarkan menonton tv hingga lewat malam, apatah lagi bermain game di laptop atau komputer rumah. Tak boleh. Lagi pula game-game itu bukan ummi dan abuya yang beli, tapi kami sendiri yg pandai-pandai 'seludup' masuk dalam rumah. Tapi kami (saya dan adik beradik) degil. Kami main juga ketika ummi dan abuya tidur waktu malam supaya tidak dimarahi. Kami main selalunya tidak lama. Kerana apa? Sebabnya ummi/abuya pasti akan bangun ketika kami sedang main, untuk tahajjud. Kadang-kadang kami kantoi, kadang-kadang kami sempat berpura-pura tidur. Mujur juga. Berada jauh di perantauan sekarang, gambar ini sentimental juga pada saya. Saya yakin ummi dan abuya masih tetap istiqamah seperti dahulu, cumanya anaknya ini, apakah dia masih degil seperti waktu kecilnya? Moga sahaja saya (kita) sudah tidak lagi degil seperti dahulu. Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka memelihara kami (dengan...

Allah bukan Plan B

Image
Konflik-konflik yang seringkali hadir dalam kehidupan seorang manusia merupakan qada' dan qadar (ketentuan) daripada Allah S.W.T. Kita yang namanya hamba, sangat perlu untuk sedar dan menerima hakikat bahawa sesungguhnya antara tujuan penciptaan manusia adalah untuk diuji dan dinilai oleh Allah S.W.T. Malangnya akal manusia yang pendek membuatkan kita terlalu prejudis dan bersangka buruk dengan ketetapan yang telah Dia aturkan. Bukan semua ketetapan yang baik pada pandangan kita, semudahnya boleh kita takrifkan sebagai rahmat. Bukan semua ketentuan yang buruk pada penglihatan kita boleh terus kita hukum sebagai musibah dari Tuhan. Kadang-kala Allah turunkan ujian dalam kenikmatan, dan dikurniakan nikmat dalam kesusahan dan ujian. Malah sebenarnya semua yang Allah aturkan, baik nikmat mahupun ujian merupakan sebahagian daripada kehidupan. Analogi Al-kisah ombak di lautan yang luas. Sedang ombak menikmati indahnya tiupan angin di lautan yang terhampar luas, dia mel...

Introspeksi (1)

Image
  "Dan kami tidak menzalimi mereka sebaliknya merekalah yg menzalimi diri mereka sendiri."  (surah Hud : 101) Dan kita masih sahaja mahu merungut.

Yang ada ini, sudah harapan kita.

Image
“Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah   Al-Quran   dan   Sunnahku. ” Kata-kata di atas merupakan petikan daripada khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. Baginda tinggalkan sumber bekalan sepanjang zaman-Al-Quran dan As-Sunnah-sebagai panduan dan pedoman hidup kepada umatnya yang sangat Baginda cintai. Ingatan dan kasih baginda pada umat-umatnya tidak pernah luntur padam. Hatta sampai akhir nafas baginda sekalipun baginda masih mengenangkan umatnya. تَرَكْتُ فِيْكُمْ  اَمْرَيْنِ مَا لَنْ تَضِلُّ بَعْدَهُ اِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كَتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِهِ    ...

Idiotitis

Image
Entah berapa kali saya dipesan-sama ada dalam majlis formal ataupun sembang-sembang bersama rakan-bahawa sesungguhnya Allah tidak menciptakan manusia bodoh. Cuma Allah menciptakan kebijaksanaan manusia yang berbeza-beza, Pun begitu saya tetap tidak menafikan bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas segalanya. Dia mampu menjadikan seorang yang bijak itu akhirnya bodoh, dan menjadikan yang bodoh akhirnya bijak. Kun fayakun. Perbezaan قل هل يستوى الذين يعلمون والذين لا يعلمون “Katakanlah (Wahai Muhammad) adakah sama bagi mereka yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui”.   (Surah al-Zumar: 9) Maka ketahuilah besar perbezaannya antara orang yang mengetahui (bijak) dan orang yang tidak mengetahui (bodoh). Saya tidak benar-benar mengetahui perbezaan yang sebenar antara kebijaksanaan dan kebodohan. Cuma saya pasti bahawa ada jurang pemisah yang besar antara kedua-duanya. Dan saya berpegang dengan falsafah bahawa perbezaan antara manusia yang bijak dan manusia y...

Kelentang-Kelentung

Image
Dahulu, saya suka baca hikayat penglipur lara zaman dahulu kala. Pada bacaan saya, kisah-kisah ini memberi pengajaran yang sangat berharga. Orang tua-tua dahulu, kisah-kisah mereka bukan sahaja punya elemen sastera. Mereka bercerita kisah bagaimana untuk menjadi manusia.   Kisah Mat Jenin contohnya. ****** Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia sudah memetik lebih daripada lima puluh biji kelapa. Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan dengan upah memetik kelapa itu nanti akan dibelikannya dua puluh biji telur ayam kampung. Setelah memetik lima biji kelapa kering daripada pokok kelapa itu, Mat Jenin tiba-tiba terasa letih dan dia ingin berehat di atas pokok. Mat Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh kering. Dia pun memejamkan kedua-dua belah matanya dan dia menyambung semula angan-angannya. Telur-telur ayam yang dibeli itu akan dieramkan dan setelah membiak, ayam-ayam itu akan dijual. ...