Posts

present = present

Image
Aku tenung satu-satu gambar wajah insan-insan mulia dalam hidup aku. Andai sahaja ada suatu tempat yang lebih hebat daripada syurga, aku mahu mereka berada di sana-berbahagia. Sebolehnya, aku mahukan yang terbaik buat mereka, sebagaimana bersungguhnya mereka mahukan yang terbaik buat aku. Teringat aku pada peristiwa di masjid seusai solat jumaat yang lalu, seorang pakcik yang sudah agak berusia yang aku  bantu tuntun tangannya sewaktu menuruni tangga.  Sebelum berpisah, dia tersenyum lebar sambil menepuk bahuku seraya berkata : "Shidda hiilak!"  dan suaranya seakan-akan bergema : "Shidda hiilak, shidda hiilak, shidda hiilak!" Pelupuk jiwa aku terbuntang mendengar kata-katanya. Jiwa rasa bahagia semena-mena. Present = Hadiah. Pada aku, insan-insan mulia ini merupakan hadiah terbesar untuk aku. Aku teringat ketika muda-muda (err) dahulu, aku selalu sahaja minta ummi belikan hadiah untuk hari lahir aku setiap tahun. Hari ini,...

Kerana Kita Bersaudara II

Image
Bismilllahirrahmanirrahim. Bumi Gaza berdarah lagi. Allah.. Ternyata ujian buat hamba-hambanya yang beriman sungguh hebat. Setara dengan taraf iman mereka. Allah uji dengan mendatangkan Zionis laknatullah merobek jiwa-jiwa mereka. Sehingga kini mereka masih bertahan. Aku di sini,hanya diuji dengan soalan-soalan objektif 'Infection and Immunity' pada exam hari itu, sudah mula berburuk sangka pada Allah. Sudah mula mengeluh lemah. Sedih. Entah kali yang ke berapa,soalan yang sama menjengah minda. "Apa yang aku boleh buat untuk mereka saudara-saudara seaqidahkuku di sana?" 1. Jadi manusia hebat. Di sisi Allah,di mata manusia. Jujur aku katakan,andai ada tawaran untuk aku terbang ke Palestin berjuang bersama mereka,aku sangat risau akan kemungkinan aku menolak tawaran tersebut. Aku masih ingat soalan pengerusi majlis pada majlis LOVE Palestine Night di Kaherah minggu lepas;bertanyakan kesediaan para penonton untuk ke Gaza ...

Cerminan Diri

Image
Jaga iman dalam dada. Iman bukan warisan turun temurun. Engkau tahu itu bukan? Itu harta yang paling berharga. Buat engkau,dan semestinya buat aku juga. Kita akan berjumpa lagi nanti,insyaAllah. Andai sahaja Tuhan mengizinkan. **** Semalam,aku masih berkira-kira untuk ke kelas tafaqquh Ustaz Akli ataupun tidak. Buku module "Microbiology and Immunology" yang di atas meja,nyata bukan alasan untuk aku tidak ke kelas ustaz. Kelas di markaz pada sebelah petang pon aku sudah culas. Novel karya Paulo Coelho,'The Alchemist' yang sudah satu perempat aku habiskan dalam perjalanan ke markaz Isnin lalu,entah ke mana. Tercicir dalam 'keretapi ayam' tempoh hari barangkali. Rugi sungguh,walaupun hanya berharga 25le( RM13 di Malaysia). Harap masih ada jualan murah di hadapan universiti minggu depan. Dan akhirnya,aku ambil keputusan untuk tidak ke tafaqquh (ah,ini sudah aku jangkakan sebetulnya!). Pemalas? Tidak. 'Tidak ada rezeki' mungkin frasa yang...

Bolak-balik.

Image
“If you want this life to stop breaking your heart, stop giving your heart to this life.” ****** "No matter how good the 'hardware' is,its the 'software' that ensure the whole system works as expected." ****** “A real man is the one who fears the death of his heart not his body.” -Ibn Qayyim ****** "‎'Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!' [Imam Ghazali]" ****** Ayat-ayat ini hadir bersama tamparan yang cukup menyedarkan. Mampukah hati yang mati menghidupkan hati-hati mati yang lain? *sigh* Masih tetap terlenakah aku? Bilakan terjaga semula?

Cerpen - Cinta buat Hidayah

Image
Buku “Fikah Perubatan” yang dipegang terlepas dari tangan. Hidayah terjaga dari tidurnya. Seraya buku yang jatuh diambil semula. Serentak dengan itu juga dia menyedari dia sudah menjadi tumpuan penumpang-penumpang lain. “Aduh, segannya. Boleh pula tertidur dalam komuter ni.” monolog hati Hidayah, malu.  Kesejukan di dalam keretapi dari Bukit Mertajam ke KL Sentral malam semalam membuatkan dirinya sukar untuk melelapkan mata.  Plannya untuk menghabiskan bacaan buku “Fikah Perubatan” juga terbantut disebabkan selalu berulang alik dari tempat duduk ke tandas, meloloskan diri daripada kesejukan yang membuatkannya tidak senang duduk.Dia hanya dapat tidur beberapa jam.Natijahnya, dia sering terlelap di dalam komuter.  Mujur masih pagi,bukan di waktu puncak.Tidaklah dia perlu compete dengan penumpang-penumpang lain bersesak-sesak masuk ke dalam komuter.Cuma kelewatannya tiba di terminal memaksa dirinya untuk terus memasuki gerabak umum,bukan gerabak khas yang disediak...

Iluminati : Fobia ‘Dakwah’ Musuh kerana ‘Dakyah’ Sendiri.

Image
Selesai menghabiskan lebih kurang 50 video dokumentasi The Arrival lebih kurang 2 tahun yang lepas, antara ulasan awal untuk ‘pembongkaran’ dalang sebenar di sebalik kuasa besar dunia ini adalah : “Ceh,buang masa aku je usha benda ni lama-lama.Entah betul entah tidak..” “Aku juga tahu isu ni” Zaman muda-muda dulu.Fikiran pendek,tak reti nak fikir dalam-dalam,jauh-jauh. Banyaknya isu yang dibaca,kurang dikaji dengan teliti dan bersungguh-sungguh.Sekadar bahan bacaan untuk modal perbualan dengan rakan-rakan ketika waktu rehat ataupun ketika berjalan kaki menapak ke dewan makan sebelum solat Zohor. Atau sebenarnya ada mesej separa sedar kepada rakan-rakan lain bahawa “Aku juga tahu isu ni.” Tidak mahu outdated dengan isu yang menjadi bualan rakan-rakan.Tetapi sehingga sekarang,penulis tetap dengan prinsip yang sama, “Aku juga tahu isu ni” untuk sebarang cerita dan isu konspirasi.Tidaklah sehingga berusaha ke MPH ataupun Popular untuk mencari bahan bacaan cerita-cerita k...

Pingat Emas Ramadhanul Kareem.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Usai solat Zohor,ana terbaca beberapa kenyataan yang membuatkan ana terfikir seketika.Ana teringat pesanan seorang ustaz semasa daurah winter musim sejuk yang lepas,apabila beliau mengupas kitab nurul 'uyun yakni sebuah kitab yang membicarakan soal Nabi Muhammad  , di akhir kalam beliau sebelum daurah tamat beliau ada berpesan : "Kita ni bukan sekadar menggalas nama sebagai umat akhir zaman,bukan sekadar memegang title Umat Nabi Muhammad,tetapi kita juga memegang tanggungjawab baginda,tanggungjawab seorang Nabi menyampaikan kesejahteraan Islam kepada semua." Mengenangkan perjuangan baginda,perit jerih baginda dan para sahabat berjuang,terasa diri ini begitu kerdil. ******* Malaysiakini : Mufti setuju atlit Olimpik tangguh puasa "Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia ...