Posts

Pingat Emas Ramadhanul Kareem.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Usai solat Zohor,ana terbaca beberapa kenyataan yang membuatkan ana terfikir seketika.Ana teringat pesanan seorang ustaz semasa daurah winter musim sejuk yang lepas,apabila beliau mengupas kitab nurul 'uyun yakni sebuah kitab yang membicarakan soal Nabi Muhammad  , di akhir kalam beliau sebelum daurah tamat beliau ada berpesan : "Kita ni bukan sekadar menggalas nama sebagai umat akhir zaman,bukan sekadar memegang title Umat Nabi Muhammad,tetapi kita juga memegang tanggungjawab baginda,tanggungjawab seorang Nabi menyampaikan kesejahteraan Islam kepada semua." Mengenangkan perjuangan baginda,perit jerih baginda dan para sahabat berjuang,terasa diri ini begitu kerdil. ******* Malaysiakini : Mufti setuju atlit Olimpik tangguh puasa "Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia ...

Mari bercinta.

Image
Alam itu cantik—gunung dan tasik; maya terlalu indah—laut dan mega. Lapar dan dahaga yang mengiktibar cekal dan bersih suara mengajar: Lapar kita dahaga yang menguji, dahaga kita lapar yang mengerti— ketaqwaan penuh terhadap Illahi. Puasa—musim manis, bahang menguji, angin yang santun ke pohon dakwah bergugus dan sihat buah ibadahnya. Bulan menyimpan kebijaksanaan, musim indah di taman Ramadan, menyerlahkan kemanusiaan luar biasa, menginsafi keagungan Maha Kuasa. Daun yang gugur tanah yang rekah di atas sejadah harum iklimnya; surah yang jernih dan suara syahdu terhantar ke lidah dari damai qalbu, merubah derita ke bahagia diri, membimbing hidup yang diredhai. Solat malam, zikir doa, tulus sedekah ibadah ummah, tangkai yang ketiga, mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala. Langit beradab, kelam dan cerah datang dan pulangnya iktibar berhemah. Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra, alam, insan khusyuk menyujud Illahi sekiblat dalam tautan kasih ...

"Bukan salah aku.."

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Ana masih ingat,semasa program intensif Pendidikan Syariah Islamiah di sekolah dahulu,ustazah-ustazah ada memberikan tips menjawab soalan-soalan seperti ini: “Apakah punca berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar?” “Berikan sebab remaja mudah terjerumus dalam permasalahan sosial” “Mengapakah gejala pembuangan bayi semakin meruncing dari sehari ke sehari?” Jawapan untuk ketiga soalan ini ialah: "Kurang didikan agama" "Pengaruh rakan-rakan" "Pengaruh media massa" Kata ustazah,soalan berkisar punca,faktor dan sebab ini boleh dijawab dengan 3 jawapan di atas tetapi perlu dipanjangkan dan diolah sedikit jawapannya supaya lebih kukuh jawapannya.Kata ustazah,jawapan ini pasti betul dan bertepatan dengan skema pemarkahan.Tambahnya,soalan sebegini merupakan bonus kepada kami sebagai pelajar,kerana dalam apa jua faktor terhadap sesuatu permasalahan,3 jawapan ini pasti relevan dan betul. Meneliti punca.Sal...

Cerpen-Persis sungai yang mengalir

Image
Amirul melabuhkan punggungnya di bangku di luar khemah melepaskan lelah.Dia sedikit letih melayan para peserta kem motivasi dari pagi tadi.Sedang asyik dalam lamunan,dia didatangi seorang peserta. Dengan langkah yang lemah tanpa secalit senyuman di wajah,Amirul dapat merasakan adiknya ini sedang menghadapi masalah yang cukup besar baginya.Dan ternyata telahannya betul.Melihat Amirul berseorangan, anak muda itu mengambil keputusan untuk menceritakan masalahnya.Dia memperkenalkan dirinya sebagai Luqman. Walaupun masih terasa penatnya,Amirul menggagahkan dirinya untuk mendengar masalah anak muda tersebut  dengan baik.Sebagai fasilitator untuk kem motivasi,dia memang terlatih untuk menjadi pendengar yang baik. Usai Luqman bercerita,Amirul bingkas bangun ke bahagian penyediaan masakan untuk peserta. "Sekejap ye Luqman,ana ke bahagian dapur sekejap." Amirul kembali dengan memegang dua gelas nescafe di tangannya sambil tersenyum. "Nah,cuba enta minum ini.Ana ...

Kita yang Tidak Melihat I

Image
Pantai Alexandria Ana mulakan kalam bisu hari ini dengan gambar di atas.Ihsan henset murahan,tapi gambarnya sudah cukup menggambarkan betapa indahnya ciptaan Tuhan.Dan untuk gambar kali ini,ada satu persoalan ingin ana ketengahkan.  “Apabila melihat gambar di atas(gambar laut),apa yang kalian bayangkan?”  Laut biru?  Seafood?  Tsunami?  Apa yang kalian bayangkan?  Sebagai seorang mahasiswa perubatan,ana melihat laut sebagai sumber ketenangan.Mungkin sahaja bagi mahasiswa Mesir lain,yang terlalu lama mengidamkan makanan laut [baca:seafood],mereka melihat laut sebagai sumber makanan. Manakala seorang nelayan, haruslah dia melihat laut sebagai mata pencarian.Dan mungkin ada antara saudara-saudara kita di sana, melihat laut sebagai raksasa yang menakutkan.Trauma tsunami yang masih belum kebah!  Benda yang dilihat(laut) sama.Tapi masing-masing berbeza ‘pandangan’nya.  Percaya atau tidak,apa yang kita lihat itulah,apa ya...

Hingga ke Syurga

Image
'Jom!' 'Ke mana?' "Ke syurga,bersama-sama^^"

Erti Kejayaan yang Bererti II

Image
Allah Maha Pemurah. Allah Maha Mengasihani. Dan dialah yang Maha Pemberi Kurnia. [Sambungan  Erti kejayaan yang Bererti I ] Baru sahaja dapat tahu result untuk semester yang lepas.Apabila ditanya kawan-kawan tentang result,ana hanya mampu menjawab: ”Result tak se’hensem’ tuannya” :)  Haruslah begitu,bukan? Mana mungkin manusia yang dicipta mampu men’cipta’ sesuatu yang lebih ‘hensem’ daripada yang dicipta oleh Sang Pencipta.Tak mungkin.Sungguhpun begitu,segala puji buat DIA yang mengurniakan segala-galanya kepada hambaNya. Terima kasih Ya Allah.Terima kasih.  Allah Ingin Ajarkan Engkau Erti Bersyukur.  فَبِأَيِّ ءَالَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ Maka ni`mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?  (Ar-Rahmaan:013)  Andai Allah berikan nikmatNya berdasarkan amalan dan usaha kita,nescaya sedikit pun kita tidak akan merasa nikmatNya.Sedikit pun tidak. Ada manusia Allah uji dengan kesusahan yang datang bertimpa-timpa.Ada m...