Posts

Perubahan : Menjadi lebih baik dan sentiasa baik.

Image
Memang  fitrah manusia,imannya turun dan naik.Tidak sentiasa meningkat,dan tidak juga selalu menurun.Dan kerana itulah,manusia itu sentiasa berubah-ubah kelakuannya dan sentiasa ingin berubah.Tidak tetap. Perubahan itu merupakan satu penghijrahan. Dan penghijrahan itu memerlukan pengorbanan. Dan pengorbanan itu merupakan salah satu ujian dari Tuhan. Sungguh,yang namanya perubahan,yang namanya penghijrahan dan satu pengorbanan itu bukan sesuatu yang mudah. Tapi percayalah,susah tidak pernah memberi makna mustahil.Tidak pernah. Azam=Niat=Kuasa Dalam matan arba’in(Hadis 40),hadis yang pertama membahaskan soal niat. Kenapa?  Mengapa dalam banyak-banyak hadis baginda,hadis membicarakan soal niat dititikberatkan oleh Imam Nawawi dan diangkat sebagai hadis pertama untuk diperbincangkan? Kerana sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.Kerana sesungguhnya niat itu  merupakan penguat sebuah i’tiqad . Begitu jugalah kaifiatnya dalam mengatur perub...

Menjiwai watak seorang Hamba.

Image
Kurnia kami cahaya kefahamanMu. Buat pembuka bicara,ana kongsikan video trailer filem “Hafalan Shalat Delisa” ini. Menginsafkan.Dan perlahan mutiara air mata itu mengalir.Sekali lagi. Ini bukan kisah biasa.Ini kisah seorang hamba. Hamba Allah yang bertubuh kecil,namun mempunyai jiwa yang cukup besar. Di sebalik watak Delisa,gadis kecil yang berusaha menghafal bacaan-bacaan di dalam solatnya,terselit mesej-mesej yang cukup bermakna,memberi erti kehidupan sebenar sebagai seorang hamba bagi mereka yang terus berusaha.Erti keikhlasan,erti kesungguhan. Ini kisah seorang budak kecil.Ya,Delisa masih kecil.Masih belum cukup dewasa untuk memahami setiap aturan Ilahi. Kita ini bagaimana? Astaghfirullahal ‘azim. Soal hati,tanya diri. Kita tahu,tapi kita tidak sedar.Kerana kita tidak faham. Ana ingin kongsikan sebuah cerita,untuk pencerahan kepada diri sendiri dan para pembaca; Mengisahkan seorang tukang kayu yang membuat keputusan untuk berhenti...

Kerana Kewajipan Bukan Suatu Pilihan

Image
Subhanallahu wabihamdih. Subhanallahil 'azim. Sejuk. Kedinginan suasana yang mendamaikan. "Eh,serius ke cita-cita nak jadi doktor?" Apabila sudah menjalani kehidupan sebagai salah seorang mahasiswa perubatan,baru dapat mengerti dan memahami mengapa terkadang ada pihak yang bertanyakan soalan seperti di atas.Ya,bukan mudah sebenarnya.Namun payah bukan alasannya untuk mengalah.Pantang menyerah sebelum melangkah*muka semangat ^^ Setiap hari,berkenalan dengan 'rakan-rakan' baru di dalam dewan kuliah. 'Mereka' agak ramai dengan nama-nama yang pelik dan berbeza-beza.Unik. Glycine. Alanine. Valine. Leucine. Isoleucine. Serine. Threonine. Mereka inilah antara faktor ana berusaha mengelakkan diri daripada tidak hadir ke kuliah,terutamanya atas faktor kesihatan.Ini merupakan musim sejuk ana yang pertama,jadi macam-macam kemungkinan yang boleh berlaku.Terlepas kuliah satu hal,dan tidak sihat pula satu hal yang lain...

Allah Bukan Plan B

Image
Allahu Akbar. Dia Yang Maha Agung. Dari Dia kita datang, Dan Dialah tempatnya kita semua akan dikembalikan. Apa kamu ingin,kesusahan dan kepayahan Allah datang menyapa,baru mahu mengerti bahawa Allah itu ada? Sampai bila,menunggu azab Allah datang bertimpa-timpa,baru mengerti status kamu sebagai seorang hamba? Astaghfirullahal 'azim. Jangan dibeli redha manusia,dengan menjual redhaNya. Minta dari DIA. DIA merancang,dan DIA jualah yang menentukan segala-galanya. "Dan mereka merancang,Allah juga merancang.Dan Allah sebaik-baik perancang" [Ali 'Imraan : 54] p/s: Musim sejuk begini,jangan panaskan diri dengan dosa dan maksiat.Tak tertanggung azabnya panas api neraka kelak. #Ini pesanan ringkas untuk diri sendiri yang masih belum mengerti.    Andai bermanfaat buat yang membaca,syukur pada Ilahi. Ibnbakr, Alexandria,Mesir.

Nota Hati buat Diri

Image
Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillahi ilhamd. “Assalamualaikum.Enta maliizi(kamu orang Malaysia?)” “Waalaikumussalam.aiwah,ana maliizi(Ya,saya orang Malaysia)” “Ahsan nass(manusia terbaik[sambil mukanya tersenyum] “Ismak eh(Nama kamu siapa)?” “Ismi wafi.Wa enta?” “Ana Ahmad” ‘Intro’ perbualan kami agak panjang.Orang Arab,memang suka bersembang. Belajar di mana,kuliah di mana,dah kahwin belum dan beberapa soalan lain yang mudah untuk ana jawab.Ini jenis  pak-pak Arab yang ‘memahami’,means tahu yang kami ini tahu bertutur Arab syuwaiyah2 sahaja,jadi mereka tidaklah bertanya dan bercakap dengan terlalu laju. Sehinggalah pakcik Ahmad tadi buat statement sebegini: “ ‘indi bint (saya ada anak perempuan) “ Waktu itu,ana dah fikir lain haisy,sudah!Takkan nak ‘offer’ anak dia pulak.Niat aku ke Mesir nak belajar ni. Tapi ternyata,telahan ana salah sebenarnya.Menyimpang jauh.Jauh sangat. Sebenarnya beliau cuba memb...

Prolog : Menjejak Bumi Anbiya'

Image
" Mencari sinar keimanan,memimpin jalan meniti kehidupan " Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 'Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?' Sungguh,rasa sangat terpukul.Mengenangkan segala nikmat yang telah Dia kurniakan,rasa seperti sudah tidak sanggup meminta apa-apa lagi. Sekarang,sedang menghitung hari,sebelum diri ini berangkat ke bumi anbiya'. Bumi barakah penuh hikmah. Alexandria University. 2011-2017 Faculty of Medicine. InsyaAllah. #1.Musafir kali ini,menjejak langkahnya Nabi Musa. Mendidik diri supaya mengambil iktibar dan ibrah daripada Firaun. Bahawa sesungguhnya kita semua sama,cuma kegagalan menafsirkan erti kehidupan itulah yang akan membezakan kedudukan kita di sisi Allah. #2.Seringkali kegagalan di tengah perjalanan,berpunca daripada kesilapan di titik permulaan.jadi, untuk perjuangan kali ini,ana tekad mencapai 6 perkara yang ana tela...

Life of A President

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah :) Pertamanya,ini bukan entri pembandingan antara pemimpin Malaysia dan pemimpin negara luar. Tidak ada unsur perbandingan di sini. Cuma,pencerahan buat yang ingin memahami :) Kedua,he is such an inspiring leader :) Ketiga, dia ini bermazhab*walaupun mazhab kurang sesuai* SYIAH.* updated * Iran's President : Mahmoud Ahmadinejad TEHRAN, Sep 14: Ahead of his upcoming trip to New York next week to attend the UN General Assembly, Iranian President Mahmoud Ahmadinejad allowed NBC reporter Ann Curry to accompany him on a typical working day. WORKING OUT... Ahmadinejad sweats it out in the gym before starting his day The senior correspondent's conclusion was that Ahmadinejad works around the clock.After a 5 am prayer, Ahmadinejad goes out to jog with his security team, Curry reports, while waving his hands in "rocky style". He then goes to the gym where he trains for 30 min...