Posts

Showing posts with the label Persepsi dan Pandangan

Kerana Kita Bersaudara II

Image
Bismilllahirrahmanirrahim. Bumi Gaza berdarah lagi. Allah.. Ternyata ujian buat hamba-hambanya yang beriman sungguh hebat. Setara dengan taraf iman mereka. Allah uji dengan mendatangkan Zionis laknatullah merobek jiwa-jiwa mereka. Sehingga kini mereka masih bertahan. Aku di sini,hanya diuji dengan soalan-soalan objektif 'Infection and Immunity' pada exam hari itu, sudah mula berburuk sangka pada Allah. Sudah mula mengeluh lemah. Sedih. Entah kali yang ke berapa,soalan yang sama menjengah minda. "Apa yang aku boleh buat untuk mereka saudara-saudara seaqidahkuku di sana?" 1. Jadi manusia hebat. Di sisi Allah,di mata manusia. Jujur aku katakan,andai ada tawaran untuk aku terbang ke Palestin berjuang bersama mereka,aku sangat risau akan kemungkinan aku menolak tawaran tersebut. Aku masih ingat soalan pengerusi majlis pada majlis LOVE Palestine Night di Kaherah minggu lepas;bertanyakan kesediaan para penonton untuk ke Gaza ...

Iluminati : Fobia ‘Dakwah’ Musuh kerana ‘Dakyah’ Sendiri.

Image
Selesai menghabiskan lebih kurang 50 video dokumentasi The Arrival lebih kurang 2 tahun yang lepas, antara ulasan awal untuk ‘pembongkaran’ dalang sebenar di sebalik kuasa besar dunia ini adalah : “Ceh,buang masa aku je usha benda ni lama-lama.Entah betul entah tidak..” “Aku juga tahu isu ni” Zaman muda-muda dulu.Fikiran pendek,tak reti nak fikir dalam-dalam,jauh-jauh. Banyaknya isu yang dibaca,kurang dikaji dengan teliti dan bersungguh-sungguh.Sekadar bahan bacaan untuk modal perbualan dengan rakan-rakan ketika waktu rehat ataupun ketika berjalan kaki menapak ke dewan makan sebelum solat Zohor. Atau sebenarnya ada mesej separa sedar kepada rakan-rakan lain bahawa “Aku juga tahu isu ni.” Tidak mahu outdated dengan isu yang menjadi bualan rakan-rakan.Tetapi sehingga sekarang,penulis tetap dengan prinsip yang sama, “Aku juga tahu isu ni” untuk sebarang cerita dan isu konspirasi.Tidaklah sehingga berusaha ke MPH ataupun Popular untuk mencari bahan bacaan cerita-cerita k...

"Bukan salah aku.."

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Ana masih ingat,semasa program intensif Pendidikan Syariah Islamiah di sekolah dahulu,ustazah-ustazah ada memberikan tips menjawab soalan-soalan seperti ini: “Apakah punca berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar?” “Berikan sebab remaja mudah terjerumus dalam permasalahan sosial” “Mengapakah gejala pembuangan bayi semakin meruncing dari sehari ke sehari?” Jawapan untuk ketiga soalan ini ialah: "Kurang didikan agama" "Pengaruh rakan-rakan" "Pengaruh media massa" Kata ustazah,soalan berkisar punca,faktor dan sebab ini boleh dijawab dengan 3 jawapan di atas tetapi perlu dipanjangkan dan diolah sedikit jawapannya supaya lebih kukuh jawapannya.Kata ustazah,jawapan ini pasti betul dan bertepatan dengan skema pemarkahan.Tambahnya,soalan sebegini merupakan bonus kepada kami sebagai pelajar,kerana dalam apa jua faktor terhadap sesuatu permasalahan,3 jawapan ini pasti relevan dan betul. Meneliti punca.Sal...

Kerana Kita Bersaudara I

Image
Dalam dunia Facebook,ana cuba memanfaatkan function 'stalking widget'  [baca: ticker/timeline ] facebook kat tepi tu.Mula-mula dahulu memang kecewa dengan tahap privacy facebook yang semakin merudum,tetapi lama kelamaan widget ni mula menampakkan 'hikmah'nya. *bijak Mark Zuckerberg nih Ana jenis yang akan add mana-mana ikhwah yang rajin memberikan pendapat-pendapat mereka di facebook ,dengan harapan dapat melihat sesuatu isu yang berlaku dengan lebih luas.Dan ana perasan,ada sesetengah pihak yang pemikiran mereka seringkali bercanggah dengan yang lain.Bukan semua isu,tetapi hampir kebanyakan daripada isu-isu yang timbul seringkali mereka cuba melawan arus[ana langsung tidak berniat mempuak-puakkan sesiapa].Mengenai cara pemikiran,teringat salah satu status update Ustaz Abdul Kadir Aljofre baru-baru ini: Sahabat, bezakan antara berfikir di "luar kotak" dengan berfikir di "luar hukum". Bezakan juga antara idea "merentasi masa" dengan ...