Posts

Showing posts with the label Motivasi

Allah bukan Plan B

Image
Konflik-konflik yang seringkali hadir dalam kehidupan seorang manusia merupakan qada' dan qadar (ketentuan) daripada Allah S.W.T. Kita yang namanya hamba, sangat perlu untuk sedar dan menerima hakikat bahawa sesungguhnya antara tujuan penciptaan manusia adalah untuk diuji dan dinilai oleh Allah S.W.T. Malangnya akal manusia yang pendek membuatkan kita terlalu prejudis dan bersangka buruk dengan ketetapan yang telah Dia aturkan. Bukan semua ketetapan yang baik pada pandangan kita, semudahnya boleh kita takrifkan sebagai rahmat. Bukan semua ketentuan yang buruk pada penglihatan kita boleh terus kita hukum sebagai musibah dari Tuhan. Kadang-kala Allah turunkan ujian dalam kenikmatan, dan dikurniakan nikmat dalam kesusahan dan ujian. Malah sebenarnya semua yang Allah aturkan, baik nikmat mahupun ujian merupakan sebahagian daripada kehidupan. Analogi Al-kisah ombak di lautan yang luas. Sedang ombak menikmati indahnya tiupan angin di lautan yang terhampar luas, dia mel...

Erti Kejayaan yang Bererti II

Image
Allah Maha Pemurah. Allah Maha Mengasihani. Dan dialah yang Maha Pemberi Kurnia. [Sambungan  Erti kejayaan yang Bererti I ] Baru sahaja dapat tahu result untuk semester yang lepas.Apabila ditanya kawan-kawan tentang result,ana hanya mampu menjawab: ”Result tak se’hensem’ tuannya” :)  Haruslah begitu,bukan? Mana mungkin manusia yang dicipta mampu men’cipta’ sesuatu yang lebih ‘hensem’ daripada yang dicipta oleh Sang Pencipta.Tak mungkin.Sungguhpun begitu,segala puji buat DIA yang mengurniakan segala-galanya kepada hambaNya. Terima kasih Ya Allah.Terima kasih.  Allah Ingin Ajarkan Engkau Erti Bersyukur.  فَبِأَيِّ ءَالَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ Maka ni`mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?  (Ar-Rahmaan:013)  Andai Allah berikan nikmatNya berdasarkan amalan dan usaha kita,nescaya sedikit pun kita tidak akan merasa nikmatNya.Sedikit pun tidak. Ada manusia Allah uji dengan kesusahan yang datang bertimpa-timpa.Ada m...

Erti Kejayaan Yang Bererti I

Image
Manusia yang baik akalnya,waras pemikirannya pasti menginginkan kejayaan dalam hidup. Siapa yang taknak bukan? Cumanya yang berbeza antara semua manusia-manusia waras tersebut,bagaimana  mereka memandang dan mendefinisikan sesuatu kejayaan.Atas dasar pendefinisian yang berbeza inilah,takrif ‘kejayaan’ dalam kehidupan kita adalah sangat subjektif.Kejayaan aku,mungkin bukan kejayaan bagi engkau,dan kejayaan engkau mungkin bukan kejayaan bagi aku. Jadi,apakah pandangan terbaik mengenai hakikat sebuah kejayaan? Apabila membicarakan mengenai pandangan terbaik,pendefinisian yang terbaik. Maka pandangan dan pendefinisian tersebut mestilah dipandang dan didefinisikan oleh yang Maha Baik.Dipandang daripada sudut dan sisi yang terbaik.Makanya tanyalah pada diri sendiri : Pandangan siapa yang paling tepat? Siapa? Dan jawapan ini sentiasa menjadi jawapan kepada segala persoalan. Allah S.W.T. DIA tersenyum padamu di langit. Ya,pandangan DIA yang terbaik.DIA yang M...

Perubahan : Menjadi lebih baik dan sentiasa baik.

Image
Memang  fitrah manusia,imannya turun dan naik.Tidak sentiasa meningkat,dan tidak juga selalu menurun.Dan kerana itulah,manusia itu sentiasa berubah-ubah kelakuannya dan sentiasa ingin berubah.Tidak tetap. Perubahan itu merupakan satu penghijrahan. Dan penghijrahan itu memerlukan pengorbanan. Dan pengorbanan itu merupakan salah satu ujian dari Tuhan. Sungguh,yang namanya perubahan,yang namanya penghijrahan dan satu pengorbanan itu bukan sesuatu yang mudah. Tapi percayalah,susah tidak pernah memberi makna mustahil.Tidak pernah. Azam=Niat=Kuasa Dalam matan arba’in(Hadis 40),hadis yang pertama membahaskan soal niat. Kenapa?  Mengapa dalam banyak-banyak hadis baginda,hadis membicarakan soal niat dititikberatkan oleh Imam Nawawi dan diangkat sebagai hadis pertama untuk diperbincangkan? Kerana sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.Kerana sesungguhnya niat itu  merupakan penguat sebuah i’tiqad . Begitu jugalah kaifiatnya dalam mengatur perub...

Senyum pagi :)

Image
  ========================= Assalamualaikum warahmatullah.. Dalam usaha memotivasikan diri setinggi mungkin :) Rasa terpukul sebenarnya,bila ana terbaca salah satu artikel dalam majalah Solusi semalam.InsyaAllah,kalau diberi kesempatan dalam entri seterusnya akan ana kongsikan bersama. Sekarang tengah menyiapkan beberapa perkara yang telah ana listkan semalam.Kerana ana takut,mungkin kesempatan untuk melakukan perkara-perkara tersebut tidak akan hadir bila ana menjengah ke alam universiti nanti.   Sekadar mengajak pembaca semua tersenyum bersama memulakan hari dan minggu yang baru. "Awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyuman.   p/s: pukul 10 masih pagi bukan ? :) keluar merentas kampung sebentar tadi.Itu pasal lambat sedikit post ini. Eh, Raja Khairul Akhtar ,anta patut join ana sekali tadi.Hehehe..

Andai jatuh,Bangun..!!

Image
Lumrah kehidupan,tidak semua perkara yang kita impikan bertukar menjadi kenyataan. Kadangkala, takdir Tuhan berbeza dengan kemahuan kita,kemahuan manusia yang tidak pernah mengenal erti cukup.Bak kata Ustaz Pahrol,"Takdir mengatasi Tadbir”.Sungguh,memang takdirNya pasti mengalahkan tadbir manusia. Hidup umpama roda. Kehidupan merupakan suatu putaran.Jadi,kerana masa terus berlalu dan berputar,tidak selamanya kita akan berada di atas,dan juga tidak tidak selamanya kita akan berada di bawah. Ana masih ingat,seawal pembabitan ana dalam hoki di sekolah dahulu,kami selalunya menang.Paling kurang kami mesti main hingga ke finale .Masih ingat lagi betapa gembira sewaktu dapat mewakili daerah Hulu Langat untuk Olimpik Muda waktu Form 2,gembira sangat sebab dapat baju daerah[walaupun waktu tu design nya tidaklah secantik mana] Tapi semua itu tidak lama.Bila usia meningkat,kejayaan itu ditarik,sedikit demi sedikit.Last tournament  yang ana berpeluang menyumbang jasa ...

His Answer :)

Image
Allah S.W.T always has 3 replies to our prayers: Yes Yes,but not now. I have a better plan for you. There's never a "No". ================================== Kata doktor: "La Tahzan.." : He knows best.. For you,me,them and all of us..

Perbetulkan yang biasa,Biasakan yang betul

Image
Petua indah daripada Ibn Athaillah: Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan ialah kembali kepada Allah di awal perjalanan Habit sama semasa di smap kajang kadang-kadang sukar diubah.Ana masih ingat,mungkin hampir dua tahun ana tidak tidur beralaskan tilam di sekolah.Satu aktiviti yang cukup tidak menyihatkan badan. Mujur di tingkatan 5 mungkin kerana ana terlalu penat,habis sahaja prep ana akan terus baring atas katil(selalunya katil kawan,sebab katil ana kat atas,malas panjat),mata akan terus terlelap tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku.Ya,bila sudah jadi habit,kadang-kadang walau kerja bertimbun mata akan tetap dipejam,berlagak tenang..haha..Ana tahu,nanti kalau tuan katil nak tidur mesti dia kejutkan(walau susah ana nak bangun,dan kadang-kadang tak bangun2).Tapi bila itu juga menjadi kebiasaan,tuan katil sudah tidak mahu kejutkan ana,tapi diorang tidur di tempat lain. Setiap manusia punya kebiasaan masing-masing,perkara pertama dibuat selepas tidur,cara percakapan,cara...

Bebaskan Diri Anda

Image
Dependent Memetik kata-kaya dari Stephen Covey dalam The 7 Habits,"manusia tidak boleh berperanan efektif selagi mana dia seorang yang DEPENDENT.Apa itu dependent? Dependent merupakan terikat atau tertakluk dengan faktor luaran sehingga akhirnya mengongkong diri sendiri.Diri terkongkong dengan perkara-perkara lain sehingga menghalang kemajuan diri sendiri. Misalnya rakan-rakan,suasana sekeliling,ibu-bapa,adik-beradik.. Ada yang memberikan alasan bahawa dia tidak boleh menjadi baik kerana rakan-rakannya kurang baik dan nakal. Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."  Bukanlah bermaksud kita tidak boleh berkawan atau bersahabat ...