Iluminati : Fobia ‘Dakwah’ Musuh kerana ‘Dakyah’ Sendiri.
Selesai menghabiskan lebih kurang 50 video dokumentasi The Arrival lebih kurang 2 tahun yang lepas, antara ulasan awal untuk ‘pembongkaran’ dalang sebenar di sebalik kuasa besar dunia ini adalah : “Ceh,buang masa aku je usha benda ni lama-lama.Entah betul entah tidak..” “Aku juga tahu isu ni” Zaman muda-muda dulu.Fikiran pendek,tak reti nak fikir dalam-dalam,jauh-jauh. Banyaknya isu yang dibaca,kurang dikaji dengan teliti dan bersungguh-sungguh.Sekadar bahan bacaan untuk modal perbualan dengan rakan-rakan ketika waktu rehat ataupun ketika berjalan kaki menapak ke dewan makan sebelum solat Zohor. Atau sebenarnya ada mesej separa sedar kepada rakan-rakan lain bahawa “Aku juga tahu isu ni.” Tidak mahu outdated dengan isu yang menjadi bualan rakan-rakan.Tetapi sehingga sekarang,penulis tetap dengan prinsip yang sama, “Aku juga tahu isu ni” untuk sebarang cerita dan isu konspirasi.Tidaklah sehingga berusaha ke MPH ataupun Popular untuk mencari bahan bacaan cerita-cerita k...