Posts

Showing posts with the label Kerana Kita Bersaudara

Kerana Kita Bersaudara II

Image
Bismilllahirrahmanirrahim. Bumi Gaza berdarah lagi. Allah.. Ternyata ujian buat hamba-hambanya yang beriman sungguh hebat. Setara dengan taraf iman mereka. Allah uji dengan mendatangkan Zionis laknatullah merobek jiwa-jiwa mereka. Sehingga kini mereka masih bertahan. Aku di sini,hanya diuji dengan soalan-soalan objektif 'Infection and Immunity' pada exam hari itu, sudah mula berburuk sangka pada Allah. Sudah mula mengeluh lemah. Sedih. Entah kali yang ke berapa,soalan yang sama menjengah minda. "Apa yang aku boleh buat untuk mereka saudara-saudara seaqidahkuku di sana?" 1. Jadi manusia hebat. Di sisi Allah,di mata manusia. Jujur aku katakan,andai ada tawaran untuk aku terbang ke Palestin berjuang bersama mereka,aku sangat risau akan kemungkinan aku menolak tawaran tersebut. Aku masih ingat soalan pengerusi majlis pada majlis LOVE Palestine Night di Kaherah minggu lepas;bertanyakan kesediaan para penonton untuk ke Gaza ...

Kerana Kita Bersaudara I

Image
Dalam dunia Facebook,ana cuba memanfaatkan function 'stalking widget'  [baca: ticker/timeline ] facebook kat tepi tu.Mula-mula dahulu memang kecewa dengan tahap privacy facebook yang semakin merudum,tetapi lama kelamaan widget ni mula menampakkan 'hikmah'nya. *bijak Mark Zuckerberg nih Ana jenis yang akan add mana-mana ikhwah yang rajin memberikan pendapat-pendapat mereka di facebook ,dengan harapan dapat melihat sesuatu isu yang berlaku dengan lebih luas.Dan ana perasan,ada sesetengah pihak yang pemikiran mereka seringkali bercanggah dengan yang lain.Bukan semua isu,tetapi hampir kebanyakan daripada isu-isu yang timbul seringkali mereka cuba melawan arus[ana langsung tidak berniat mempuak-puakkan sesiapa].Mengenai cara pemikiran,teringat salah satu status update Ustaz Abdul Kadir Aljofre baru-baru ini: Sahabat, bezakan antara berfikir di "luar kotak" dengan berfikir di "luar hukum". Bezakan juga antara idea "merentasi masa" dengan ...