Posts

Showing posts with the label Cerpen dan Kisah Teladan

Kelentang-Kelentung

Image
Dahulu, saya suka baca hikayat penglipur lara zaman dahulu kala. Pada bacaan saya, kisah-kisah ini memberi pengajaran yang sangat berharga. Orang tua-tua dahulu, kisah-kisah mereka bukan sahaja punya elemen sastera. Mereka bercerita kisah bagaimana untuk menjadi manusia.   Kisah Mat Jenin contohnya. ****** Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia sudah memetik lebih daripada lima puluh biji kelapa. Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan dengan upah memetik kelapa itu nanti akan dibelikannya dua puluh biji telur ayam kampung. Setelah memetik lima biji kelapa kering daripada pokok kelapa itu, Mat Jenin tiba-tiba terasa letih dan dia ingin berehat di atas pokok. Mat Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh kering. Dia pun memejamkan kedua-dua belah matanya dan dia menyambung semula angan-angannya. Telur-telur ayam yang dibeli itu akan dieramkan dan setelah membiak, ayam-ayam itu akan dijual. ...

Cerpen - Cinta buat Hidayah

Image
Buku “Fikah Perubatan” yang dipegang terlepas dari tangan. Hidayah terjaga dari tidurnya. Seraya buku yang jatuh diambil semula. Serentak dengan itu juga dia menyedari dia sudah menjadi tumpuan penumpang-penumpang lain. “Aduh, segannya. Boleh pula tertidur dalam komuter ni.” monolog hati Hidayah, malu.  Kesejukan di dalam keretapi dari Bukit Mertajam ke KL Sentral malam semalam membuatkan dirinya sukar untuk melelapkan mata.  Plannya untuk menghabiskan bacaan buku “Fikah Perubatan” juga terbantut disebabkan selalu berulang alik dari tempat duduk ke tandas, meloloskan diri daripada kesejukan yang membuatkannya tidak senang duduk.Dia hanya dapat tidur beberapa jam.Natijahnya, dia sering terlelap di dalam komuter.  Mujur masih pagi,bukan di waktu puncak.Tidaklah dia perlu compete dengan penumpang-penumpang lain bersesak-sesak masuk ke dalam komuter.Cuma kelewatannya tiba di terminal memaksa dirinya untuk terus memasuki gerabak umum,bukan gerabak khas yang disediak...

Cerpen-Persis sungai yang mengalir

Image
Amirul melabuhkan punggungnya di bangku di luar khemah melepaskan lelah.Dia sedikit letih melayan para peserta kem motivasi dari pagi tadi.Sedang asyik dalam lamunan,dia didatangi seorang peserta. Dengan langkah yang lemah tanpa secalit senyuman di wajah,Amirul dapat merasakan adiknya ini sedang menghadapi masalah yang cukup besar baginya.Dan ternyata telahannya betul.Melihat Amirul berseorangan, anak muda itu mengambil keputusan untuk menceritakan masalahnya.Dia memperkenalkan dirinya sebagai Luqman. Walaupun masih terasa penatnya,Amirul menggagahkan dirinya untuk mendengar masalah anak muda tersebut  dengan baik.Sebagai fasilitator untuk kem motivasi,dia memang terlatih untuk menjadi pendengar yang baik. Usai Luqman bercerita,Amirul bingkas bangun ke bahagian penyediaan masakan untuk peserta. "Sekejap ye Luqman,ana ke bahagian dapur sekejap." Amirul kembali dengan memegang dua gelas nescafe di tangannya sambil tersenyum. "Nah,cuba enta minum ini.Ana ...

Menjiwai watak seorang Hamba.

Image
Kurnia kami cahaya kefahamanMu. Buat pembuka bicara,ana kongsikan video trailer filem “Hafalan Shalat Delisa” ini. Menginsafkan.Dan perlahan mutiara air mata itu mengalir.Sekali lagi. Ini bukan kisah biasa.Ini kisah seorang hamba. Hamba Allah yang bertubuh kecil,namun mempunyai jiwa yang cukup besar. Di sebalik watak Delisa,gadis kecil yang berusaha menghafal bacaan-bacaan di dalam solatnya,terselit mesej-mesej yang cukup bermakna,memberi erti kehidupan sebenar sebagai seorang hamba bagi mereka yang terus berusaha.Erti keikhlasan,erti kesungguhan. Ini kisah seorang budak kecil.Ya,Delisa masih kecil.Masih belum cukup dewasa untuk memahami setiap aturan Ilahi. Kita ini bagaimana? Astaghfirullahal ‘azim. Soal hati,tanya diri. Kita tahu,tapi kita tidak sedar.Kerana kita tidak faham. Ana ingin kongsikan sebuah cerita,untuk pencerahan kepada diri sendiri dan para pembaca; Mengisahkan seorang tukang kayu yang membuat keputusan untuk berhenti...

Nota Hati buat Diri

Image
Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillahi ilhamd. “Assalamualaikum.Enta maliizi(kamu orang Malaysia?)” “Waalaikumussalam.aiwah,ana maliizi(Ya,saya orang Malaysia)” “Ahsan nass(manusia terbaik[sambil mukanya tersenyum] “Ismak eh(Nama kamu siapa)?” “Ismi wafi.Wa enta?” “Ana Ahmad” ‘Intro’ perbualan kami agak panjang.Orang Arab,memang suka bersembang. Belajar di mana,kuliah di mana,dah kahwin belum dan beberapa soalan lain yang mudah untuk ana jawab.Ini jenis  pak-pak Arab yang ‘memahami’,means tahu yang kami ini tahu bertutur Arab syuwaiyah2 sahaja,jadi mereka tidaklah bertanya dan bercakap dengan terlalu laju. Sehinggalah pakcik Ahmad tadi buat statement sebegini: “ ‘indi bint (saya ada anak perempuan) “ Waktu itu,ana dah fikir lain haisy,sudah!Takkan nak ‘offer’ anak dia pulak.Niat aku ke Mesir nak belajar ni. Tapi ternyata,telahan ana salah sebenarnya.Menyimpang jauh.Jauh sangat. Sebenarnya beliau cuba memb...

Pesan Nenek

Image
Seorang cucu bertanya kepada neneknya yang sedang menulis sebuah surat : “Nenek menulis apa? Tentang cucu?” Mendengar pertanyaan si cucu, sang nenek berhenti menulis dan berkata kepada cucunya, “Iya, nenek sedang menulis tentang kamu cucuku sayang.."ujar nenek dengan penuh kasih sayang. "Tapi ada yang lebih penting dari isi tulisan nenek ini, iaitu pensil yang nenek pakai sekarang ini ”tambah nenek lagi. “Pensil ini mempunyai pengajaran berguna yang mampu membuat cucu selalu tenang dalam menjalani hidup, kalau cucu selalu memegang prinsip-prinsip berdasarkan pensel ini di dalam hidup cucu.” Si nenek kemudian menjelaskan kepada cucunya : ========================== “Dengan sebatang pensel,cucu mampu menghasillkan lukisan yang begitu cantik .Juga cucu mampu menulis puisi yang begitu indah.Tapi saat cucu menulis dan melukis itu,cucu hendaklah sentiasa sedar bahawa ada tangan yang mengorak haluan tangan cucu semasa menulis dan melukis. Begitulah jua dalam kehidupa...

Tiket ke syurga.. Dah beli?

Image
Ana pernah terbaca kisah mengenai salah seorang tokoh sufi,Ibrahim bin Adham nama beliau. Suatu hari beliau ingin untuk memasuki sebuah tempat pemandian awam. Penjaganya meminta wang untuk membayar tiket masuk.Ibrahim bin Adham hanya menggeleng kepalanya seraya mengaku bahawa beliau tak punya wang untuk membayar harga masuk. Lantas penjaga tempat pemandian itu berkata, "Maaflah,jika saudara tidak mempunyai wang,saudara tidak dibenarkan untuk masuk ke sini." Tatkala itu juga,Ibrahim bin Adham tersungkur ke atas tanah..Terdengar ratapan-ratapan kesedihan keluar dari mulutnya.Jadi,pengunjung dan orang ramai yang berada di situ berusaha menenangkan beliau.Bahkan,ada yang bermurah hati menawarkan diri untuk membayar harga masuk ke yampat pemandian awam tersebut  Seraya Ibrahim bin Adham menjawab, "Aku menangis bukan kerana tidak dapat masuk ke tempat pemandian ini. Ketika si penjaga meminta wang untuk membayar harga masuk, aku terus teringat pada sesuatu yang memb...

Hey,Engkau Bukan Tuhan!

Image
Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulama' yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah dihantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulama' yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulama' tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya. Maka tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan.Alim ulama' tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk ...

Tunggang Nafsumu

Image
Suatu hari,seorang pemuda diserahkan ayahnya kepada seorang guru.Beliau berharap guru tersebut dapat mendidik anaknya cara mengawal nafsu.Mudah-mudahan anaknya mampu menjadi anak yang soleh. “Siapkan bekalan.Mari ikut saya bermusafir.”kata guru sufi tersebut kepada anak murid barunya. Mereka pun memulakan perjalanan.Akhirnya,mereka sampai ke satu bukit. “Kita akan mendaki bukit ini.”Kata sang guru. “Tapi,kita akan membeli keldai terlebih dahulu.”tambah gurunya.   Dalam hati si murid,dia berasa sangat lega kerana dia sudah mula merasa keletihan berjalan kaki.Setelah si guru membeli dua ekor keldai,dia berkata: “Sekarang ada dua ekor keldai,saya akan menunggang seekor dan seekor lagi,kamu harus memikulnya! “Apa?”soal si murid. “Sudah,kamu jangan banyak soal,pikul keldai ini ke atas bukit ini.”Si guru bertegas. Maka dengan penat lelah,dia memikul keldai menaiki bukit.Dia betul-betul keletihan.Namun,belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu terjatuh kerana terlalu letih.Hampir di...

Insan,Ingatlah!

Image
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?” Maka berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka.” Berkata orang tua itu. “Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.” Berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mer...

Senyumlah.. :)

Image
Abu Yazid Al-Busthami,pelopor sufi,pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru,sepanjang hidup saya,rasanya tidak pernah saya tidak beribadah kepada Allah.Orang lain sudah lelap,saya masih bermunajat.Isteri saya belum bangun,saya sudah mengaji.Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki.Tetapi kenapa saya selalu malang dan selalu ditimpa kesulitan?" Sang Guru menjawab sederhana,"Perbaikilah penampilanmu dan ubahlah riak mukamu.Kau tahu,Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tidak pernah keruh malah selalu ceria.Sebab menurut Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya. "Lelaki itu tertunduk dan berjanji akan memperbaiki penampilannya.Wajahnya senantiasa berseri.Setiap kesedihan diterimanya dengan sabar,tanpa mengeluh.Alhamdulillah,selepas itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh ke...