Dr Aidh Abdullah Al-Qarni
Dr Aidh Abdullah al-Qarni merupakan seorang ulama Arab Saudi dan juga merupakan seorang penulis motivasi Islam yang cukup terkenal.Dan beliau merupakan antara manusia yang menyumbang inspirasi kepada manusia yang cukup terkesan di hati. Perkampungan al-Qarn,sebelah selatan Arab Saudi menjadi saksi lahirnya beliau.Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni dilahirkan pada tahun 1379H.Beliau berasal dari keluarga Majdu' al-Qarni. Memiliki ijazah kesarjanaan dari Fakulti Ushuluddin Universiti Islam Imam Muhammad ibn Su'ud tahun 1403-1404H dan sarjana dalam bidang Hadis Nabi tahun 1408H dengan tesis berjudul al-Bid'ah wa Atsaruha fi ad-Dirayah wa ar-Riwayah (Pengaruh Bid'ah terhadap ilmu Dirayah danRiwayah Hadis). Gelaran doktornya diraih dari universiti yang sama pada tahun 1422H dengan judul tesis "Dirasah wa Tahqiq Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim li al-Qurthubi" (Analisis Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim karya al-Qurthubi). Beliau telah menghasilkan lebih da...