اِهْدِنَا الصِّرَاط الْمُسْتَقِيم
Memang benar, tidak semua jalan menuju ke syurga. Hidup ini mengajar saya untuk tidak hanya mengharapkan supaya berada di jalan yang benar. Kerna itu masih belum cukup. Doa saya dalam hati, mudah-mudahan masih dikarunia kudrat; mengangkat kaki untuk terus tetap kuat melangkah - thabat. Perit membayangkan melihat Syurga (yang tidak terbayangkan) dari jauh - di hujung jalan - tetapi hanya mampu berdiri tegak melihat - tidak bergerak. Hidup ini juga seakan-akan cuba memberitahu bahawa jalan yang benar, tidak semestinya lurus. Kerna di hujung perjalanan sebelum berjumpa dengan Tuhan, kita akan menemui liku-liku kehidupan yang penuh dengan penipuan. Kerna itu walaupun dunia ini sederhana kecil, perjalanan tetap terasa panjang dan memenatkan. Bahkan terkadang menyakitkan. Doa saya juga dalam hati, selain pohon rendang tempat berteduh; menyeka lelah tak sudah, ada yang sudi menghulurkan tangan membimbing kembali ke pangkal jalan. Kerna antara bukti rahmatNya Tuhan, Nab