Deen List vs Dean List

Antara persamaan antara seorang manusia dan seorang manusia yang lain adalah masing-masing menginginkan kejayaan dalam hidup mereka.Mereka yang baik akalnya,waras pemikirannya pasti menginginkan kejayaan dalam hidup.Cumanya perbezaan antara semua manusia-manusia waras tersebut,bagaimana mereka memandang dan mendefinisikan sesuatu kejayaan.

Disebabkan pendefinisian yang berbeza inilah, takrif 'kejayaan' dalam kehidupan kita adalah sangat subjektif.Kejayaan aku,mungkin bukan kejayaan bagi engkau,dan kejayaan engkau mungkin bukan kejayaan bagi aku.

Jadi,apakah sebenarnya pandangan terbaik mengenai hakikat sebuah kejayaan?


Dean List : Aku nak Mumtaz!

Bermula jejaknya kaki ke alam universiti,setiap mahasiswa dan mahasiswi mendefinisikan tersenarai dalam dean list ataupun mumtaz sebagai kejayaan.Siapa yang tidak bangga, antara ratusan nama mahasiswa yang ada,nama kita pada kedudukan yang tertinggi.Tambah menggembirakan,tatkala menerima anugerah yang disampaikan oleh dekan universiti sendiri di hadapan pelajar-pelajar lain. Kepuasan sebagai seorang pelajar itu cukup terasa. 

Disebabkan itu,acapkali kita mengingatkan diri sendiri :
“Aku nak mumtaz!”
Keinginan yang cukup kuat untuk mumtaz itulah yang menjadi pendorong kita memberikan sepenuh perhatian di dalam dewan kuliah, turun naik tangga universiti semata-mata mahu berjumpa professor bertanyakan soalan,bersengkang mata di malam hari mengulangkaji dan sebagainya. Sehinggakan terkadang waktu makan sekalipun terabai gara-gara terlalu sibuk dengan buku.

Namun sayang seribu kali sayang,keinginan ‘dean list’ tersebut jauh berbeza dengan keinginan untuk mumtaz dalam erti kata ‘deen list’.

Deen List : Allah nak Aku Mumtaz!

Ke mana hilangnya fokus di dalam solat,ketika mana tumpuan yang penuh boleh diberikan di dalam dewan kuliah? Mengapa kaki cukup kuat berjalan mencari doktor bertanyakan soalan yang kurang difahami di dalam dewan kuliah,tapi sangat lemah untuk menapak ke masjid menghadap Allah? Kita sanggup korbankan masa tidur dan makan,tetapi mengapa masa untuk bersama dengan Allah turut sama terkorban?

Mengapa?


Kerana tidak ada connection antara kita dengan DIA. Kita asyik pesan pada diri,”Aku nak Mumtaz” tapi kita lupa akan DIA yang memberi mumtaz.Mulai saat ini,sentiasa pesan pada diri,bukan “Aku nak Mumtaz”, tapi: 
“Allah nak Aku Mumtaz”
Dengan hadirnya Allah dalam setiap perbuatan,dari situlah akan wujudnya kekuatan.Sama ada kekuatan untuk memantapkan ilmu pengetahuan,juga memantapkan keimanan kepada Tuhan.Jangan tersilap membezakan antara keperluan dan tujuan. Dean List itu merupakan jalan menuju Deen List.Perlunya mumtaz di dunia,untuk turut sama menggapai mumtaz di syurga.Itu tujuannya.

Kita mumtaz untuk ummah.Kita mumtaz kerana Allah.

Gemilang di dunia,bahagia di akhirat.

Hakikatnya,pencapaian itu tidak layak ditakrifkan sebagai kejayaan andai terhenti di dunia sahaja. Berapa ramai antara kita yang apabila Allah kurniakan kejayaan,Allah kurniakan kesenangan, kita terus sombong dan bongkak?

“Aku mencarut.Result aku okay.”
“Aku kapel.Result aku okay.”
“Aku tak masuk lecture.Siap maki-maki lecturer lagi.Result aku okay je.”

“Eh,takde masalah pon.Result aku okay je.”

Kitakah golongan yang sebegini?Apa tidak pernah dengar kisah Firaun? Kisah Qarun? Ataupun kisah Raja Namrud? Ambillah pengajaran dari kisah-kisah mereka. Apa ertinya berjaya di dunia,namun di akhirat kelak menjadi bahan bakar api neraka?

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni`mat) kepadamu, dan jikakamu mengingkari (ni`mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". [Ibrahim : 007]

Ucapkanlah ‘Alhamdulillah’. 

Hadirkan namaNya untuk setiap nikmat yang dikurnia.Jangan sampai tikamana kejayaan dan kesenangan ditarik,baru kita sedar dan mengerti erti sebenar kejayaan,yakni mengajar hamba-hambaNya akan erti kesyukuran dalam kesenangan.Erti kejayaan seorang hamba. 
Bersyukurlah.Saat kita merasa puas dengan kejayaan yang ditempa,cuba tanya pada diri siapa sebenarnya yang mengurniakan kejayaan tersebut? Siapa yang Maha Pemberi Kurnia? Siapa yang Maha Menerima Doa hamba-hambaNya?

Dia Allah yang Maha Esa.



رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار

Kurniakan kami,kejayaan di dunia,dan kejayaan di akhirat sana.Ayuh! Manifestasikan doa ini seiring dengan amalan,bukan sekadar doa hafalan spontan.

“Ya Allah,kurniakan kami kejayaan di dunia dan jua kejayaan di hari akhirat.Dan jauhkanlah kami dari azab api neraka.”

*******

Lama menyepi di sini.Bukan ana tak menulis,cuma fokus penulisan itu tertumpu pada wadah yang lain.Perkongsian ini juga,sebenarnya tulisan yang ana kongsikan bersama PERUBATAN untuk Exam Fever Campaign.Dan ada sesetengah isinya yang ana olah daripada artikel sebelum2 ini.Moga bermanfaat :) Artikel asal boleh dirujuk di sini :


Syukran untuk Amirulhazim untuk ilham tajuk artikel :)

Assalamualaikum. 

Comments

  1. Assalamualaikum...

    tajdid niat itu penting~

    terbaik dik~
    entri begini yg akak tunggu..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Terima kasìh. Artikel yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  5. sekadar renungan bersama..
    muhasabah hati yang dahagakan ilmu..
    syukran atas nukilan rasa..
    semoga Allah sentiasa merahmati semua..
    kerana hanya padaNya serahkan segala.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perubahan : Menjadi lebih baik dan sentiasa baik.

Umur bertambah,Usia berkurang

Belajar Perlu Berguru